.

glitter-graphics.com

ツ Kata - kata aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
SALAM 1 MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA . Saya , NUR SYARAH RABIHA , seorang pelajar SMK CONVENT BATU PAHAT, JOHOR . Berumur 16 tahun . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi bersama anda mengenai hak-hak anda sebagai pengguna . Anda rakyat Malaysia ? Ayuh baca blog ini untuk mengetahui hak - hak anda sebagai pengguna . SELAMAT MEMBACA . Dan , jangan lupa untuk tinggalkan komen anda mengenai blog pengguna ini . Jika ada sebarang pertanyaan , jangan segan silu untuk bertanya . TERIMA KASIH ツ

Saturday, May 29, 2010

TIP - TIP JIMAT TENAGA DI RUMAH DAN PEJABAT



1.
Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

2. Kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telah pun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.

3. Tutup lampu pada waktu siang.

4. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

6. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.

7. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.

8. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.

9. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

10. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

11. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

12. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

13. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

14. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

15. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

16. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.

17. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.

18. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

19. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

20. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

21. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

22. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

23. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

24. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.

25. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

26. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

27. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

28. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.

29. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

30. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

31. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

32. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

33. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

34. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

35. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

36. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.

37. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.

38. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

39. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)

VIDEO PILIHAN ,

Video ini menjadi pilihan saya kerana ia mempunyai banyak mesej kepada kita . Antaranya , sebagai pengguna bijak , kita perlulah berfikir buruk baik sesuatu perkara yang kita lakukan dalam seharian . Menghargailah segala usaha dan pengorbanan yang mereka lakukan kepada kita hanya untuk memberi keseronokan kepada kita . Berilah sokongan dengan membeli barangan yang original . Anda sendiri akan berpuas hati dengan kualiti barang tersebut . Sesungguhnya , andalah seorang pengguna bijak .




Monday, May 24, 2010

ISU 1



Iklan di di atas boleh kita nampak di mana-mana pusat membeli - belah . Ini adalah salah satu cara untuk pengguna membuat aduan mengenai barang - barang yang dibeli mahupun untuk mengetahui hak - hak pengguna . Gambar ini di ambil sendiri oleh saya dimana saya pada waktu itu saya dan keluarga sedang membeli - belah di salah satu pusat membeli - belah di Melaka .

Wednesday, May 19, 2010

KESIMPULANNYA ,

Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undang - undang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha - usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.
Sumber :Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sunday, May 9, 2010

KUASA BELI PENGGUNA

Memahami Kuasa Beli Pengguna

Kuasa beli adalah kemampuan pengguna untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya. Ia juga merujuk kepada nilai wang dan jumlah barangan atau perkhidmatan yang dapat dibeli dengan satu unit mata wang. Beberapa unsur yang mempengaruhi kuasa beli pengguna ialah;
Harga barangan dan perkhidmatan.
Pengguna yang bijak akan dapat membelanjakan wangnya dengan baik, jika dia mampu mendapatkan pulangan yang memuaskan untuk setiap nilai wang yang dibelanjakannya pada harga yang tertentu.
Permintaan dan penawaran terhadap barangan dan perkhidmatan.
Jika permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat, sementara penawarannya kurang akan menyebabkan kenaikan dalam harga. Kenaikan harga ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Namun, jika permintaan kurang dan penawaran berlebihan, harga akan turun dan ini akan menambahkan kuasa beli pengguna.
Pendapatan pengguna.
Kuasa beli pengguna akan meningkat jika pendapatan pengguna juga meningkat dan kuasa belinya akan turun apabila pendapatannya berkurangan. Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu, kuasa beli pengguna juga akan berkurangan walaupun pendapatannya meningkat. Pengguna yang bijak akan dapat meningkatkan kuasa belinya jika dia bijak merancang perbelanjaannya.
Cita rasa pengguna.
Kuasa beli pengguna juga dipengaruhi oleh tahap cita rasa pengguna itu sendiri. Pengguna yang terlalu mengikut cita rasanya apabila berbelanja akan mengurangkan kuasa belinya dan boleh mengakibatkan dia mengalami kerugian.
Sehubungan dengan itu, adalah penting setiap pengguna memahami kuasa beli masing-masing. Kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan kuasa beli akan dapat membantu mereka menambahkan nilai terhadap perbelanjaan, sekaligus memberi erti kepada pendapatan mereka.

Sumber Dari www.kpdnhep.gov.my