.

glitter-graphics.com

ツ Kata - kata aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
SALAM 1 MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA . Saya , NUR SYARAH RABIHA , seorang pelajar SMK CONVENT BATU PAHAT, JOHOR . Berumur 16 tahun . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi bersama anda mengenai hak-hak anda sebagai pengguna . Anda rakyat Malaysia ? Ayuh baca blog ini untuk mengetahui hak - hak anda sebagai pengguna . SELAMAT MEMBACA . Dan , jangan lupa untuk tinggalkan komen anda mengenai blog pengguna ini . Jika ada sebarang pertanyaan , jangan segan silu untuk bertanya . TERIMA KASIH ツ

Saturday, June 12, 2010

AMALAN 3R DI RUMAH







Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce – Pengurangan

Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
1. Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
2. Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
3. Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
4. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
5. Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
6. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula

1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

--> Kitar semula di rumah:
o Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
o Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
o Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
--> Mengitar semula di laman anda:
o Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
o Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
-->Mengitar semula di sesebuah komuniti:
o Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
o Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
o Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.


CARA - CARA MENJIMATKAN AIR




Air atau kekurangannya telah menjadi isu yang penting di Malaysia kebelakangan ini. El Nino yang berlaku pada 1997/98 telah menunjukkan kekurangannya sumber air. Beratus ribu penduduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain Selangor, Balik Pulau di Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan telah hidup dalam sengsara pemotongan bekalan air dan catuan air.
• TANDAS
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
• BILIK MANDI
4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
• SINKI
7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
• TAMAN
9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
• DAPUR
18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
• GARAJ
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
• CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Tuesday, June 8, 2010

TEKANAN ATAU STRESS




Tanda pekerja atau pelajar yang menghadapi tekanan atau stress:

• Tingkah laku yang agresif
• Tidak gembira
• Berasa marah dan geram
• Kecewa
• Kurang memberi tumpuan pada pelajaran atau pekerjaan
• Berasa diri tiada harapan
• Kurang motivasi diri
• Gelisah dan risau berlebihan
• Mempunyai masalah tidur
• Merokok dengan berlebihan
• Kurang berminat dalam aktiviti dilakukan
• Sakit kepala atau sakit badan
• Tidak dapat membuat keputusan
• Cepat marah
• Penyalahgunaan dadah dan alcohol
• Lesu

Tiga langkah menangani kemarahan.

• Berhenti seketika sambil mengakui anda sebenarnya sedang marah dan cuba bertenang
• Kemudian rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi.
• Bertindak menggunakan daya tindak yang berkesan. Dengan cara itu, anda akan lebih tenang menghadapi sebarang keadaan mendesak. Amalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik.




Tekanan buat pelajar atau pekerja hilang focus :

Ceburi kerjaya yang sesuai dengan minat dan kecenderungan.

Akhir-akhir ini, graduan sering mengeluh sukar mendapat pekerjaan sesuai mengikut jiwa dan apa yang dipelajari ketika menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana berasakan pasaran kerja dalam negara yang semakin terhad.

Atas alasan itu, ramai tidak kisah memilih pekerjaan di luar bidang pengajian dan taraf kerana yang penting mereka mempunyai pendapatan bagi menampung Kos Sara hidup yang semakin tinggi selain diperlukan untuk membayar pinjaman.

Sebenarnya tidak Susah mencari pekerjaan jika anda tidak terlalu memilih kerana banyak iklan jawatan kosong disiarkan dalam akhbar dalam web. Tidak salah anda menceburi bidang pekerjaan di luar pengajian kerana mungkin ia mampu memberi kepuasan dan masa depan yang cerah sekiranya anda melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Anda tidak perlu buntu.1 klassifieds banyak menyiarkan iklan majikan yang mencari pekerja. Cuma anda perlu memilih dan membuat perbandingan untuk mencari syarikat stabil dengan gaji yang setimpal sebagai jaminan masa depan.

Apa pun jenis pekerjaan dilakukan, itu bukan perkara pokok kerana apa yang perlu ditekankan bagaimana seseorang yang baru mula bekerja ataupun sudah lama, menghadapi tekanan ketika di tempat kerja mereka. Tekanan bekerja boleh berlaku apabila individu kurang jelas dengan objektif dan struktur organisasi yang dinaunginya selain tidak berpuas hati dengan perkembangan kerjaya, status dan gaji ditawarkan.

Selain itu, tugas membosankan dipercayai mampu menjadi punca seseorang stress dan perkara itu tidak dapat dinafikan kerana memang naluri semula jadi manusia tidak menggemari sesuatu yang menimbulkan jemu. Oleh itu, carilah pekerjaan yang sesuai dengan jiwa anda agar anda dapat melaksanakan tugas dengan yakin dan ikhlas.

Konflik interpersonal seperti membabitkan perhubungan antara lain menjadi penyumbang kepada tekanan di tempat kerja apabila individu hilang fokus untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya dan melihat semua perkara membebankan.

Bagaimanapun, tekanan di tempat kerja mampu dielakka jika kita bijak menanganinya termasuk tahu cara terbaik menghiburkan diri apabila berasa diri berasa diri berada dalam keadaan tertekan.

Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah meningkatkan sokongan sosial di tempat kerja iaitu menjalinkan persahabatan sesama rakan sekerja dan berkongsi masalah dengan mereka ang boleh dipercayai.

Selepas itu, cuba praktikkan pemikiran yang rasional dan positif kerana pemikiran negatif hanya menyebabkan timbul salah faham antara kita dan pihak lain seperti rakan dan mungkin juga majikan.

Untuk itu apabila keadaan itu berlaku, jangan sesekali biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan serta gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif tadi dengan keterangan lebih munasabah.

Selain itu, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menangani tekanan kerana komunikasi yang baik membolehkan kita meluahkan pendapat dengan jelas, tepat dan tegas selain menggunakan fakta, bukan mengikut perasaan.

Seterusnya, bagi mengelakkan tekanan, cuba tangani setiap kritikan dengan baik kerana melalui cara itu kita sebenarnya berusaha mengubah diri daripada cepat melenting kepada seorang lebih terbuka dan cool.