2.0 SIAPA ITU PENGGUNA ?
2.1 - "Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara am nya kita dapat melihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalam masyarakat sekeliling. Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita membayarnya untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna juga. Sebagai pengguna yang membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita sememangnya mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.
2.2 - Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, beliau berkata kepenggunaan bermakna pengguna melihat pengeluar - pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.
2.3 - Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".
2.4 - Sebagai pengguna, kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat - maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pemprosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.
2.5 - Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang. Misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak “Ilwants” yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment