.

glitter-graphics.com

ツ Kata - kata aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
SALAM 1 MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA . Saya , NUR SYARAH RABIHA , seorang pelajar SMK CONVENT BATU PAHAT, JOHOR . Berumur 16 tahun . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi bersama anda mengenai hak-hak anda sebagai pengguna . Anda rakyat Malaysia ? Ayuh baca blog ini untuk mengetahui hak - hak anda sebagai pengguna . SELAMAT MEMBACA . Dan , jangan lupa untuk tinggalkan komen anda mengenai blog pengguna ini . Jika ada sebarang pertanyaan , jangan segan silu untuk bertanya . TERIMA KASIH ツ

Thursday, April 8, 2010

SIKAP BERTANGGUNGJAWAB

5.0 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA


5.1 Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak - hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak memastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak mereka tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengguna yang bijak.

5.2 Terdapat 5 tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. 5 tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut :
(a) Kesedaran Mengkritik;
(b) Penglibatan dan Tindakan;
(c) Tanggungjawab Sosial;
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi;
(e) Bersatupadu.

i) Kesedaran Mengkritik

Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik akan sesuatu mutu atau kualiti barang yang di kehendaki. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah tidak berdiam diri sahaja tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat barangan yang sempurna.

(ii) Penglibatan Dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjamink kepentingan pengguna supaya tidak tercemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.

(iii) Tanggungjawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.

(iv) Tanqqungiawab Alam Semulajadi

Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselamatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan. Ini juga dapat mengelakkan bumi daripada di teroka sesuka hati.

(v) Bersatupadu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat ini akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat memberi perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna. Sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama – sama. Dengan cara ini kita dapat mengikut saranan perdana menteri kita iaitu mengenai konsep 1 MALAYSIA .

2 comments:

  1. sangat jarang pengguna mengambil kisah
    kerana mereka sendiri tidak mengetahui hak mereka
    terima kasih atas info yang berguna ni
    :)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama . Kita sebagai rakyat malaysia, seharusnya berkongsi ilmu mengenai negara kita sendri .

    ReplyDelete