.

glitter-graphics.com

ツ Kata - kata aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
SALAM 1 MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA . Saya , NUR SYARAH RABIHA , seorang pelajar SMK CONVENT BATU PAHAT, JOHOR . Berumur 16 tahun . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi bersama anda mengenai hak-hak anda sebagai pengguna . Anda rakyat Malaysia ? Ayuh baca blog ini untuk mengetahui hak - hak anda sebagai pengguna . SELAMAT MEMBACA . Dan , jangan lupa untuk tinggalkan komen anda mengenai blog pengguna ini . Jika ada sebarang pertanyaan , jangan segan silu untuk bertanya . TERIMA KASIH ツ

Sunday, April 11, 2010

PERLINDUNGAN SEWAJAR NYA .

  • 6.0 PERLINDUNGAN PENGGUNA

    Antara perlindungan yang patut di berikan ialah :

    * Barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan;

    * Maklumat yang diterima sama ada label barangan, dan pada risalah - risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difahami supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada;

    * Pengguna diberi kebebasan dan pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan;

    * Pengguna juga ada tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jual beli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;

    * Sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;

    * Pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan

    * Pengguna berhak diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan yang bertanggungjawab di pasaran dan tidak di tipu.

    * Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beraneka barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan.

    * Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difahami oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna.

    * Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Kadang- kalanya mereka sering mengejar kekayaan dan kemewahan hidup sahaja, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campur tangan pihak kerajaan adalah amat sekali diperlukan.

No comments:

Post a Comment