.

glitter-graphics.com

ツ Kata - kata aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
SALAM 1 MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA . Saya , NUR SYARAH RABIHA , seorang pelajar SMK CONVENT BATU PAHAT, JOHOR . Berumur 16 tahun . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi bersama anda mengenai hak-hak anda sebagai pengguna . Anda rakyat Malaysia ? Ayuh baca blog ini untuk mengetahui hak - hak anda sebagai pengguna . SELAMAT MEMBACA . Dan , jangan lupa untuk tinggalkan komen anda mengenai blog pengguna ini . Jika ada sebarang pertanyaan , jangan segan silu untuk bertanya . TERIMA KASIH ツ

Tuesday, June 29, 2010

CONTOH PENIPUAN TERHADAP PENGGUNA

Contoh 1 : Mengisi sampul surat
Merupakan satu kaedah yang paling klasik sekali dimana ia bermula semasa kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Anda dijanjikan akan dibayar antara RM1-2 untuk setiap sampul surat yang anda isikan. Anda hanya perlu membayar sedikit yuran dan anda DIJAMIN akan menerima sehingga 1,000 sampul surat seminggu yang telah siap diisi dan lengkap ditampal dengan setem! Apa yang tidak dinyatakan ialah anda perlu mendapatkan alamat bakal pelanggan.
Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima satu manual ringkas dan contoh flyer yang perlu anda edar atau iklankan dalam usaha anda mendapatkan alamat pelanggan. Setelah mendapat langganan dan bayaran, anda hanya perlu fotokopi manual ringkas tersebut dan berikan kepada pelanggan anda. Kaedah yang sungguh bijak tetapi tidak beretika.

Contoh 2 : Surat/e-mail berantai (perolehi wang segera)
Jika anda sering mencari peluang pendapatan dari rumah melalui internet dan suratkhabar, anda pastinya pernah menerima dan melihat surat/e-mail berantai ini. Mereka menjanjikan bahawa anda hanya perlu menghantar surat/e-mail bersama sejumlah wang kepada nama mereka yang tersenarai, kemudian mengeluarkan nama diaras bawah sekali dan digantikan dengan nama anda, dengan harapan suatu hari anda akan menjadi jutawan.
Ia juga ada dikatakan didalam versi kutu atau konsep saling membantu melalui kaedah sedekah dimana anda bersetuju untuk memberikan wang tersebut tanpa sebarang paksaan. Pada dasarnya ia adalah satu bentuk skim piramid. Biasanya senarai ini akan dimanipulasikan dimana hanya satu nama sahaja yang sentiasa berada diatas(pengasas program) dan akan menerima wang sangat banyak.

Contoh 3 : Sila dail nombor 600 untuk maklumat lanjut
Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang dengan mendail nombor-nombor sebegini. Anda seharusnya tahu bahawa kos panggilan ke nombor 600 sangat mahal iaitu RM1.95 seminit (7.00 pagi-7.00 mlm) dan RM0.98 (7.00 mlm-7.00 pagi). Bayangkan jika anda menghabiskan 5 minit diwaktu siang, anda telah membazirkan hampir RM10.00 dan disitulah mereka memperolehi keuntungan. Simpan wang anda dan jangan mendail mana-mana nombor 600 hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang dikatakan peluang bekerja dari rumah.

Contoh 4 : Senarai nama syarikat
Jangan terpedaya dengan membeli senarai syarikat yang memerlukan khidmat pekerja dari rumah melalui kaedah ini. Anda membayar untuk mendapatkan senarai syarikat yang mencari pekerja dari rumah sama seperti anda sama ada dalam bentuk digital atau bercetak. Antara syarikat yang biasa tersenarai ialah syarikat yang menawarkan pekerjaan pemasangan barangan, pengurusan katalog, syarikat MLM, dan lain-lain. Apa yang menjadi masalahnya ialah, senarai ini tidak semestinya betul-betul benar kerana syarikat tersebut mungkin tidak mencari pekerja dari rumah ataupun tidak pernah bersetuju untuk disenaraikan, atau tidak dapat dipastikan adakah perniagaan tersebut dijalankan secara sah atau masih terbuka peluang untuk anda memohon. Biasanya adalah sukar untuk anda mendapatkan kembali wang anda.

Contoh 5 : Memasang barangan di rumah
Biasanya peluang serupa ini akan memberitahu bahawa ada akan memasang barangan seperti anak patung, komponen elektronik, permainan kanak-kanak, produk kegunaan hotel dan pelbagai lagi projek kraftangan yang boleh dilakukan dirumah dan dijanjikan upah yang lumayan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membayar deposit atau yuran pendahuluan (yang dijanjikan akan dikembalikan semula) dan anda akan menerima segala peralatan, barangan dan arahan yang perlu dilaksanakan.
Anda akan bernasib baik jika menerima produk yang dijanjikan selepas membuat pembayaran tetapi ramai pengguna yang telah tertipu dengan kaedah ini. Terdapat juga penipuan yang dilakukan dengan cara, apabila anda telah menerima produk dan menyiapkan mengikut arahan, anda akan dimaklumkan bahawa produk anda tidak menepati spesifikasi kehendak syarikat pengeluar. Syarikat ini sebenarnya membuat keuntungan melalui penjualan pek permulaan dan bukannya produk yang dipasang. Ini merupakan antara contoh penipuan yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh sesetengah syarikat.

Contoh 6 : Menaip dari rumah (kerani kemasukan data, kerani, kerani pemprosesan e-mail dan lain-lain lagi)
Peluang seperti ini juga sering diiklankan untuk memerangkap anda dengan pelbagai nama jawatan. Biasanya selepas menjelaskan sejumlah wang kepada agensi penipuan ini hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda biasanya akan menerima bahan-bahan melalui disket, muat turun atau maklumat bercetak yang akan memberikan anda pelbagai maklumat berkaitan dimana dan bagaimana anda boleh mengiklankan tentang peluang menaip dari rumah serta risalah jualan (dalam flyer, surat, e-mail, laman web,dan lain-lain lagi) akan diberikan kepada sesiapa yang berminat. Apabila mereka membuat pesanan untuk mendapatkan maklumat lanjut (sama seperti yang anda telah lakukan sebelum ini), anda hanya perlu mencetak/menyalin semua bahan yang anda telah terima kepada pelanggan anda. Sebenarnya ia akan cuba menjadikan anda seorang PENIPU!! Kerana hakikatnya tiada sebarang produk yang dijual, hanya maklumat tentang kaedah dan bahan mengiklankannya.

Contoh 7 : Perolehi wang dengan melayari Internet
Anda dikehendaki untuk daftar masuk ke laman internet tersebut sebanyak beberapa kali atau memuat turun sesuatu perisian pelayar internet ke komputer anda, dan membaca iklan atau melihat papan iklan yang tertera. Syarikat laman tersebut akan mengenakan bayaran kepada syarikat-syarikat yang membuat iklan dan ganjaran akan diberikan kepada ahli yang memenuhi kuota. Apa yang anda tidak ketahui ialah, anda akan mengambil masa yang lama untuk mencapai kuota yang telah ditetapkan sebelum anda layak menerima skim bayarannya, itupun sekiranya anda berjaya mencapainya. Tiba masa anda menerima bayaran, jumlah tersebut akan ditolak pula dengan kos pengurusan (boleh mencecah 20 peratus). Situasi yang lebih teruk yang boleh berlaku ialah penutupan laman web tersebut sebelum mana-mana peserta sempat menerima bayarannya.

Contoh 8 : Melobi wang
Skim ini telah wujud semenjak beberapa tahun yang lalu. Daripada permulaannya dahulu menggunakan surat dan faks, kini ia semakin canggih, dengan menggunakan e-mel sebagai medium utama. Skim tersebut memberitahu anda yang pengirimnya (kebiasaannya daripada negara di Benua Afrika) mempunyai sejumlah wang yang banyak, memerlukan pertolongan anda untuk memindahkan wang ini ke dalam akaun bank anda, dan sekiranya berjaya, anda akan mendapat peratusan daripada jumlah wang tersebut. Ramai ahli peniagaan yang bijak, dan para remaja telah terpedaya oleh skim seperti ini kerana sifat tamak. Sebahagian lagi telah kehilangan sejumlah wang yang besar daripada akaun bank mereka, ataupun kehilangan barangan peribadi yang digunakan dalam jenayah yang lain. Berita cara penipuan seperti ini pernah disiarkan di suratkhabar METRO dan KOSMO.

Contoh 9 : Internet MLM
Jika anda pernah terdengar syarikat MLM dan anda pasti tahu bahawa ia merupakan salah satu jemis perniagaan yang popular di Malaysia. Salah satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.
Syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaik-baiknya periksa latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menyertainya sebagai ahli. Pastikan syarikat MLM yang ingin disertai berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mereka mempunyai lesen jualan langsung yang sah.
Jika syarikat tersebut tidak berdaftar di Malaysia, anda tidak boleh membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan. Anda juga tidak boleh membuat aduan kepada orang yang memperkenalkan skim tersebut kepada anda kerana dia juga hanya merupakan seorang ahli sahaja.

Contoh 10 : Sistem affiliate
Sistem affiliate ialah dimana seseorang individu akan dibayar sejumlah komisen apabila berjaya membuat jualan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penganjur sistem. Biasanya penganjur boleh jadi orang perseorangan mahupun syarikat namun ia bukanlah syarikat yang mempunyai lesen Jualan Langsung. Maka ia tidak dikategorikan sebagai jualan langsung.
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mula membuat sistem affiliate sendiri. Namun kebanyakkannya lebih menjurus kepada bentuk sistem piramid yang lebih mengutamakan kemasukan ahli baru berbanding kualiti produk.


Kesemua ini hanyalah maklumat bagi tujuan pendidikan pengguna sahaja. Ianya tidak melambangkan keseluruhan sistem perniagaan di Malaysia. Tips yang diberikan ini hanyalah untuk peringatan dan berkongsi maklumat sesama pengguna.

Monday, June 28, 2010

BAGAIMANA MENGENAL PASTI TAKTIK PENIPUAN TERHADAP PENGGUNA

1. MANGSA DIHUBUNGI OLEH SESEORANG YANG KONONNYA DARI PIHAK BANK MEMAKLUMKAN BAHAWA BELIAU MEMPUNYAI HUTANG KAD KREDIT YANG TERTUNGGAK DAN PERLU DIJELASKAN SEGERA. MANGSA SETERUSNYA DIBERIKAN NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI KONONNYA ITU MERUPAKAN IBUPEJABAT BANK TERSEBUT. APABILA DIHUBUNGI, RAKAN SUSPEK AKAN MENGESAHKAN PERKARA BERIKUT DAN MEMINTA NOMBOR AKAUN DAN PIN SEBAGAI VERIFIKASI. SETELAH MENDAPAT BUTIRAN TERSEBUT, SUSPEK AKAN MENGELUARKAN WANG DARI AKAUN MANGSA.

2. MANGSA DIHUBUNGI OLEH SESEORANG YANG KONONNYA DARI PIHAK BANK UNTUK MENGESAHKAN SEBARANG PEMBELIAN DI LUAR NEGARA MENGGUNAKAN KAD KREDIT DAN SETERUSNYA MEMINTA BUTIR-BUTIR KAD KREDIT UNTUK MEMBUAT PENGESAHAN SEPERTI NOMBOR KAD, NAMA PADA KAD, TARIKH LUPUT KAD, DAN NOMBOR 3 ANGKA DI BELAKANG KAD. SETELAH MENDAPAT SEMUA MAKLUMAT TERSEBUT, SUSPEK AKAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT TERSEBUT UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN SECARA ONLINE.

3. MANGSA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWA MEREKA TELAH MEMENANGI CABUTAN BERTUAH DARI POWER ROOT, AKADEMI FANTASIA, TV3, RAJA LAWAK DAN SEBAGAINYA SERTA HADIAH YANG DIMENANGI ADALAH BERPULUH RIBU RINGGIT. MANGSA KEMUDIANNYA AKAN DIMINTA MENGHUBUNGI TALIAN YANG DIBERIKAN (SELALUNYA NOMBOR ANTARABANGSA DAN AYAT YANG DIGUNAKAN DALAM MENGHANTAR SMS TERSEBUT TERLALU BANYAK KESALAHAN DARI SEGI PERBAHASAANNYA).

4. MANGSA DIDATANGI/DIHUBUNGI OLEH SUSPEK DAN DITAWARKAN SESUATU TAWARAN. TAWARAN ITU HANYA UNTUK TEMPOH TERHAD DAN MANGSA MESTI MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA MERTA DAN DIUGUT BAHAWA TIDAK AKAN DIHUBUNGI LAGI SEKIRANYA MEMINTA MASA UNTUK BERFIKIR

5. MANGSA DIDATANGI OLEH SUSPEK DI RUMAH UNTUK MEMBUAT PEMERIKSAAN HOS DAN REGULATOR GAS MEMASAK DI RUMAH. APABILA DIBENARKAN MASUK, SUSPEK AKAN MEMBUAT DEMONSTRASI DAN MEMUJUK MANGSA MEMBELI PERALATANNYA YANG KONONNYA LEBIH SELAMAT TETAPI AMAT MAHAL.

6. MANGSA DIHAMPIRI OLEH SUSPEK YANG MEMBERITAHUNYA BAHAWA BELIAU MEMPUNYAI NASIB MALANG. MANGSA SETERUSNYA DIBAWA BERJUMPA DENGAN ‘BOMOH' YANG DIKATAKAN BOLEH MEMBUANG NASIB MALANG TERSEBUT DENGAN CARA MENYUCIKAN RUMAH MANGSA. APABILA DIBAWA KE RUMAH, ‘BOMOH' TERSEBUT AKAN MEMINTA MANGSA MEMASUKKAN SEMUA BARANG KEMAS DAN WANG RINGGIT MANGSA KE DALAM SEBUAH KOTAK ATAU BALANG BERBALUT KERANA DIKATAKAN ITULAH PUNCA MANGSA BERNASIB MALANG. TANPA MANGSA SEDARI, KOTAK / BALANG BERISI WANG DAN BARANG KEMAS TERSEBUT DITUKAR OLEH ‘BOMOH'. MANGSA KEMUDIAN DIARAH UNTUK TIDAK MEMBUKA KOTAK / BALANG TERSEBUT SELAMA 3 HARI KERANA DIKATAKAN NASIB MALANG AKAN MENIMPA MANGSA. APABILA MANGSA MEMBUKANYA PADA HARI KETIGA, APA YANG TERDAPAT DALAM KOTAK TERSEBUT HANYALAH KERTAS DAN SAMPAH SARAP.

7. MANGSA DIMAKLUMKAN BAHAWA TELAH MEMENANGI HADIAH DAN DIMINTA MEMASUKKAN WANG KE DALAM BANK ASING DALAM MATA WANG ASING TETAPI MANGSA TIDAK PERNAH BERURUSAN DENGAN SYARIKAT ASING TERSEBUT.

8. ANDA MENERIMA PANGGILAN TELEFON MENAWARKAN PELUANG PELABURAN DAN ANDA TIDAK TAHU BAGAIMANA SYARIKAT ITU MENDAPAT NOMBOR TELEFON ANDA.

9. ANDA MENERIMA E-MEL YANG MEMINTA NOMBOR AKAUN BANK ANDA KERANA MEREKA MAHU MENGHANTAR WANG KEPADA ANDA, BIASANYA BERJUMLAH BERJUTA-JUTA DOLAR AMERIKA, DARI NEGARA ASING. INI SEBENARNYA BUKANLAH SATU BENTUK SKIM PENIPUAN PELABURAN, TETAPI TETAP SATU LAGI SKIM PENIPUAN YANG POPULAR.

10. MANGSA DIHUBUNGI OLEH SUSPEK MENGATAKAN BAHAWA AHLI KELUARGA MANGSA TELAH DICULIK DAN PERLU MEMASUKKAN DUIT KE AKAUN YANG DIBERIKAN DENGAN SEGERA TANPA MELETAKKAN TALIAN TELEFON. MANGSA YANG PANIK AKAN SEGERA MEMASUKKAN DUIT SEPERTI YANG DIMINTA TANPA BERKESEMPATAN MENGESAHKAN KES TERSEBUT AHLI KELUARGA YANG KONONNYA DICULIK.

11. MANGSA DITAWARKAN SATU PRODUK PELABURAN YANG MENJAMIN KEUNTUNGAN BESAR DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT TANPA SEBARANG RISIKO KEWANGAN.

12. MANGSA DITAWARKAN UNTUK MELABUR DALAM PROJEK PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN SEPERTI PERNIAGAAN CACING, LEMBU, SAYUR-SAYURAN, SPIRULINA DAN SEBAGAINYA. APABILA DUIT TELAH DITERIMA, SUSPEK HILANG BERSAMA DUIT PELABURAN TERSEBUT.

13. MANGSA DIMINTA MELABUR DALAM SATU SKIM PELABURAN. ALAMAT DAN MAKLUMAT PERHUBUNGAN SYARIKAT PELABURAN YANG MENAWARKAN PELABURAN TERLETAK DI NEGARA ASING YANG TIDAK DAPAT PASTIKAN DI MANA KEDUDUKAN SEBENAR SYARIKAT ITU.

14. MANGSA DIDATANGI OLEH SESEORANG YANG MENGAKU SEBAGAI EJEN BAGI SYARIKAT DAGANGAN ASING YANG BERIBU PEJABAT DI LUAR NEGARA UNTUK BERDAGANG DALAM INDEKS ASING (CONTOHNYA, INDEKS HANG SENG), KOMODITI (CONTOHNYA KOPI) ATAU MATA WANG ASING (CONTOHNYA AS$, YEN DSB) TETAPI MANGSA PERLU MENDEPOSITKAN SEJUMLAH WANG DALAM MATA WANG ASING SEBAGAI "MARGIN", SEBELUM SESUATU URUS NIAGA BOLEH DILAKUKAN.

15. MANGSA DIHUBUNGI OLEH SYARIKAT YANG MENAWARKAN PAKEJ PERCUTIAN SECARA PERCUMA TETAPI PERLU HADIR KE SYARIKAT TERBABIT UNTUK MENDENGAR TAKLIMAT TERLEBIH DAHULU DAN KEMUDIANNYA DIPUJUK/DIPAKSA MENYERTAI SESUATU PAKEJ

16. MANGSA TELAH DIDATANGI OLEH SUSPEK MEMPERKENALKAN DIRI DARIPADA SYARIKAT XXXXXX SDN BHD. PENGADU DIMINTA BAYAR WANG UNTUK BUAT CABUTAN BERTUAH. SELEPAS MEMPEROLEHI WANG SUSPEK TELAH MENGHILANGKAN DIRI.

17. MANGSA DIDATANGI SUSPEK MENYATAKAN MANGSA TELAH MENANG HADIAH CABUTAN DARI SIJIL SIMPANAN PREMIUM . UNTUK MENDAPATKAN HADIAH TERSEBUT MANGSA PERLU BAYAR CUKAI PENDAPATAN. MANGSA TERPEDAYA DAN TELAH SERAHKAN WANG KEPADA SUSPEK . SUSPEK KEMUDIANNYA TELAH HILANGKAN DIRI.

18. MANGSA DIDATANGI SUSPEK MEMINTA MANGSA MEMBUKA SEKEPING KAD CABUTAN BERTUAH. SUSPEK MEMAKSA MANGSA MEMBUKANYA. SUSPEK JUGA MEMAKSA MANGSA SERAHKAN BARANG KEMAS SEBAGAI CAGARAN BARANG YANG DIMENANGI.

19. MANGSA TELAH DIDATANGI SUSPEK MENJANJIKAN HADIAH YANG LUMAYAN, SUSPEK MENAWARKAN KAD GORES DAN MENANG. APABILA MANGSA MEMBUKANYA DIDAPATI TELAH MENANG. MANGSA TELAH SERAHKAN WANG DAN SUSPEK SERAHKAN BARANGAN ELEKTRIK JENAMA XXXX LEPAS ITU SUSPEK TELAH HILANGKAN DIRI.

20. MANGSA DIDATANGI OLEH SUSPEK MEMBERITAHU MEMBUAT KAJIAN / BANCIAN BARANG KITAR SEMULA, KEMUDIANNYA MEMINTA MANGSA MENUNJUKKAN BARANG KEMAS UNTUK DILIHAT NO SIRI DAN MEMBERIKAN KAD GORES MENANG DAN TELAH MEMENANGI HADIAH. MANGSA DIKEHENDAKI MENYERAHKAN BARANG KEMAS / HPONE DAN WANG TUNAI SEBAGAI CAGARAN UNTUK MENDAPATKAN HADIAH YANG DIMENANGI. SUSPEK BERJANJI AKAN DATANG SEMULA PADA SEBELAH PETANG ATAU HARI ESOK UNTUK MEMBERIKAN HADIAH. SUSPEK AKAN MENGHILANGKAN DIRI...

21. SUSPEK MEMPERDAYA MANGSA DENGAN MENGATAKAN BELIAU MENAWARKAN KERJA UNTUK MEMBUNGKUS COKLAT BAGI PASARAYA XXXXX. MANGSA DIMINTA MENULIS BUTIR-BUTIR PERIBADI DAN PADA SAMPUL TERSEBUT ADA MENYENARAIKAN HADIAH BARANG ELEKRTRIK JENAMA XXX YANG MENARIK BAKAL DIMENANGI OLEH MANGSA. UNTUK MENDAPATKAN HADIAH TERSEBUT MANGSA PERLU BERI CAGARAN DAN SUSPEK MENGATAKAN AKAN KEMBALIKAN SEMULA CAGARAN TERSEBUT. SUSPEK TELAH MENGHILANGKAN DIRI.

Monday, June 21, 2010

TIP MEMBUAT ADUAN DAN TEMPAT MEMBUAT ADUAN

TIP MEMBUAT ADUAN YANG BERKESAN :

1 . Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.
2 . Dapatkan bukti yang berkaitan.
3 . Bertenang dan atur stategi yang berkesan.
4 . Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.
5 . Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.
6 . Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.
7 . Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan


SALURAN UNTUK MEMBUAT ADUAN :


1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777



3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822

5) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my

6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my




7) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000

Thursday, June 17, 2010

PELESTARIAN ALAM MENGHINDARKAN BENCANA

MANUSIA adalah sebaik-baik kejadian yang dianugerahkan akal untuk menilai baik dan buruk sesuatu. Sebagai insan yang menghuni alam jagat ini, Tuhan menyediakan pelbagai kemudahan serba lengkap dengan penuh hikmah dan manfaatnya.

Apa saja yang ada di bumi ini untuk kemudahan manusia. Begitulah dengan alam sekitar yang dihiasi kawasan hijau berbukit-bukau dan bergunung-ganang.

Ia ditumbuhi pelbagai spesies pokok sebagai kawasan tadahan hujan dan penyerap haba.

Tetapi manusia selalu lupa dan lalai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Dalam mengejar arus pembangunan, kadang-kadang faktor kepentingan menjaga alam sekitar seakan-akan dikorbankan. Justeru, banyaklah tragedi menimpa manusia lantaran meninggalkan amanah Tuhan dalam menjaga alam ini sebaik mungkin.


Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan peristiwa menyayat hati kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Selangor baru-baru ini.


Kejadian ngeri itu ulangan tragedi Highland Tower yang menyembah bumi 15 tahun lalu.

Kebanyakan peristiwa tanah runtuh yang mengakibatkan rumah tertimbus dan mengorbankan manusia berlaku di kawasan lereng bukit yang dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti projek perumahan.

Sesungguhnya menebus guna kawasan bukit atau hutan seolah-olah mengundang bencana.

Ini kerana alam sekitar adalah amanah Allah kepada manusia dan dianugerahkan untuk dijaga serta dimanfaatkan dengan bijaksana.

Namun, manusia selalu rakus dan lalai dengan amaran Allah. Itulah ‘bayaran’ yang terpaksa ditanggung akibat kealpaan kita.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (Surah An-Naziaat ayat 30-33)

Demikian Allah ciptakan untuk kemudahan dan kesenangan manusia di bumi ini.

Sehubungan itu, kita perlu insaf apa saja di bumi ini bukan dijadikan begitu sahaja oleh Allah, sebaliknya terdapat hikmah dan manfaatnya.

Sebab itulah Allah memberi peringatan yang jelas kepada umat manusia supaya menjaga dan memelihara khazanah di bumi dengan baik.

Ini sebagaimana terdapat dalam Firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya.” (Surah Al-A’Araat ayat 56).

Daripada ayat itu, Allah memberi amaran kepada manusia agar tidak merosakkan apa yang Allah ciptakan. Ini kerana semua itu terhampar untuk manfaat manusia untuk kehidupan tenteram dan sejahtera.

Tetapi, masa berubah, manusia semakin mengejar pembangunan material sehingga seolah-olah tidak lagi mengingati peringatan Allah dalam al-Quran.

Manusia tidak lagi amanah untuk memelihara dan menjaga alam sekitar. Kawasan bukit dan lereng gunung yang sebelum ini indah dan hijau mata memandang bertukar wajah dan fungsi

Deretan kawasan perumahan dibina manakala di lereng bukit dan gunung dijadikan lebuh raya.

Sebenarnya mengejar pembangunan dan kemajuan memang dituntut Islam. Malangnya manusia bertindak melampaui batas dan rakus dalam menggunakan khazanah alam tanpa memikirkan kesan buruk kemudian hari.

Inilah fenomena yang lazim berlaku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim).

Maksudnya alam ini dipenuhi kawasan pokok hijau dan cantik pemandangannya dan menjadi tugas manusia untuk menjaga dan memelihara agar keadaan itu kekal untuk manfaat manusia.

Kawasan bukit atau gunung menyediakan sumber air dan mempunyai sistem ekologi untuk manusia.

Atas dasar mengaut keuntungan, elemen alam diketepikan malah amaran Allah dipandang remeh.

Ingatlah, Allah mengingatkan implikasi sikap rakus manusia membawa kepada kerosakan di bumi. Ia jelas terpapar dalam Surah Ar-Rum ayat 41: “Sudah timbul kerosakan di darat dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia.” Sebagai manusia, kita perlu selalu mengambil peringatan Allah dengan insaf supaya kejadian buruk seperti tanah runtuh tidak berulang.

Sebaliknya, manusia mesti memakmurkan sumber alam dengan mengikut garis panduan Islam.

Allah berfirman dalam Surah Hud, ayat 51 bermaksud: “Dia menciptakan bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.”

Yang menjadi pemakmur ialah manusia yang dijadikan sebagai khalifah di bumi.

Dalam perspektif pembinaan tamadun Islam, hubungan manusia dengan alam menjadi satu prinsip utama selain hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia.

Manusia seharusnya menjadi makhluk pemakmur sebagaimana yang diamanahkan Allah dan mengelakkan menjadi ‘makhluk perosak’ kepada apa yang terbentang di bumi ini.

Sebenarnya banyak peristiwa berlaku sepatutnya menginsafkan manusia, tetapi begitulah sikap manusia yang mudah lupa.

Lantas sikap lalai dan rakus kembali berleluasa menguasai jiwa. Oleh itu, tugas melestarikan alam sekitar menjadi tanggungjawab manusia supaya dapat hidup tenteram, aman dan sejahtera sepanjang masa serta dapat mewariskannya kepada generasi akan datang.

Beringat sebelum kena. Janganlah sudah terantuk baru terngadah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda bagi orang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka.” (Surah Ali Imran ayat 190-191).

Info dari : Pusat Maklumat Rakyat .

Tuesday, June 15, 2010

KEMPEN KURANGKAN PENGAMBILAN GULA 2010



Dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, memang menjadi kebiasaaan kepada orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini telah melebihi saranan Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi daripada 50g.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Dalam jangka masa yang panjang, ia boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan manakala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding dengan NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).

Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih dari 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukkan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

"Dengan pengambilan 7 sudu teh gula sehari, jika gula itu gagal dibakar oleh tubuh, ia akan ditukarkan menjadi 20g lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama setahun, sebanyak 7.3 kg lemak berlebihan akan terkumpul dalam badan! Cubalah bayangkan keadaaan kesihatan kita akibat daripada pengumpulan lemak yang banyak ini!" - Dato' Sri Liow

1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.

Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari iaitu 1 sudu teh gula bagi 3 cawan minuman bergula yang diambil dalam sehari, beliau dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300g sebulan, atau 600g dalam tempoh dua bulan atau 3.6kg dalam tempoh setahun.

Selain daripada menjaga kesihatan, pengurangan penggunaan gula juga membantu menjimatkan perbelanjaan harian. Berat satu sudu teh gula bersamaan dengan 5g. Harga 1kg gula pula adalah RM 1.65. Ini bermakna harga bagi 1 sudu teh gula adalah 0.8 sen atau satu sen.

Sekiranya seorang pengendali makanan yang biasa menyediakan minuman menggunakan gula tambahan sebanyak 4 sudu teh bagi setiap cawan mengurangkan kepada 1 sudu teh, beliau dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak 3 sen bagi setiap cawan minuman yang disediakan. Sekiranya beliau menyediakan minuman bergula kepada 500 pelanggan dalan sehari, beliau boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 15 (3 sen x 500 cawan) sehari, atau RM450 (RM 15 x 30 hari) sebulan, dan RM 5,400 (RM 450 x 12 bulan) setahun!

Dalam usaha menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula, Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat. Ini termasuk Kempen Cara Hidup Sihat yang bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).

Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik", rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan katerer, serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen.

Tambahan, perundingan dengan industri makanan turut dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya, pada hari ini, didapati semakin banyak produk yang kurang kandungan gula boleh didapati di dalam pasaran. Usaha ini diteruskan bagi memastikan pengeluaran produk sebegini dipertingkatkan lagi.

Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah gula" (low sugar) dan "bebas gula" (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-Peraturan ini, makanan "rendah gula" adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 5g per 100g atau 2.5g per 100ml. Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5g per 100g atau 100ml. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.

Pada tahun 2007, kempen media yang menumpukan kepada promosi makan secara sihat yang dikenali sebagai "5M" telah dijalankan." Mengurangkan Gula" merupakan salah satu mesej yang disampaikan dalam kempen ini. Usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan termasuk menjalankan aktiviti pendidikan melalui media massa dan melalui beberapa setting seperti pusat maklumat pemakanan dan dapur sihat masyarakat yang terdapat di hampir semua negeri.

Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen utama di dalam Panduan Diet Malaysia.

Di samping itu, perkhidmatan rundingan cara pemakanan juga disediakan di klinik-klinik kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat, termasuk mengurangkan pengambilan gula. Perkhidmatan terus kepada rakyat ini diberikan oleh Pegawai Zat Makanan. Sehingga Mac 2010, 51 jawatan Pegawai Zat telah diwujudkan di klinik-klinik kesihatan untuk tujuan ini.

Perkhidmatan ini akan diperkukuhkan dengan menetapkan Pegawai Zat Makanan di semua klinik kesihatan. Kempen Kurangkan Gula 2010 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan. Dalam masa yang sama, kempen ini bertujuan menggalakkan pengendali makanan dan industri makanan menyediakan makanan dan minuman yang rendah kandungan gula kepada pengguna. Ini penting bagi menyediakan persekitaran yang menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.

Tujuan jangka panjang kempen ini adalah untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera, supaya dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara.

Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia :
1) Makan makanan rendah kandungan gula.
a. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
b. Gantikan manisan pencuci mulut seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
c. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
d. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
e. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

2) Minum minuman yang rendah kandungan gula.
a. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
b. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
c. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
d. Periksa kandungan gula dalam label minuman. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
e. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
f. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum tidur.

(Sumber Panduan Diet Malaysia 2010)
- info dari web Pusat Maklumat Rakyat




Monday, June 14, 2010

TIP KESELAMATAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN (ONLINE)



Didik anak anda tentang keselamatan dalam talian Internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai komputer di rumah, termasuklah anak anda. Adalah penting bagi anda mengajar anak anda cara yang lebih selamat semasa mereka dalam talian Internet sewaktu mencari maklumat, berbual dengan rakan atau bermain permainan video secara atas talian.

Di bawah ini adalah beberapa tip yang boleh digunakan oleh ibu-bapa untuk mendidik anak mereka berkenaan keselamatan Internet:

  • Galakkan anak anda menceritakan pengalaman mereka menggunakan Internet kepada anda. Ini adalah penting untuk mengetahui jika terdapat gangguan yang anak anda alami ketika menggunakan Internet.
  • Beritahu anak anda untuk menceritakan kepada anda perkara berkenaan Internet yang membuatkan mereka tidak selasa.
  • Jika anak anda melawat bilik bual (chat room), gunakan program permesejan segara (Instant Messaging), permainan dalam talian atau aktiviti-aktiviti lain di Internet yang memerlukan nama daftar masuk untuk memperkenalkan diri sebagai ibu-bapa bantu anak anda memilih nama itu dan pastikan mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi tersebut.
  • Tekankan kepada anak anda supaya tidak memberikan alamat, nombor telefon atau maklumat peribadi lain termasuklah di mana mereka bersekolah atau di mana mereka suka bermain.
  • Didik anak anda bahawa perbezaan antara yang baik dan yang buruk tetap sama dalam Internet seperti di dunia sebenar.
  • Tunjukkan kepada anak anda cara menghormati orang lain dalam talian. Pastikan mereka tahu bahawa peraturan untuk bersikap baik tidak berubah hanya kerana mereka menggunakan komputer.
  • Tekankan kepada anak anda untuk menghormati hak milik orang lain dalam talian. Terangkan bahawa membuat salinanturun kerja orang lain seperti muzik, permainan video dan pperisian program komputer adalah salah dan boleh diumpamakan seperti mencuri.
  • Beritahu anak anda yang mereka tidak boleh menemui rakan dalam talian secara bersemuka. terangkan bahawa rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka semada dalam talian.
  • Didik anak anda bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar. Galakkan mereka untuk bertanya kepada nada jika terdapat isu atau perkata yang mereka tidak pasti.
  • Kawal aktiviti dalam talian anak anda dengan perisian Internet yang terkini. Kawalan ibu-bapa boleh membantu anda menapis kandungan berbahaya, mengawasi tapak web yang dilawati oleh anak anda dan mengetahui apa yang mereka lakukan.
  • Jangan benarkan mereka mengepos gambar sendiri atau gambar ahli keluarga kepada rakan dalam talian.
  • Jangan berikan kata laluan atau nombor kad kredit kepada sesiapa.
  • Jangan terima tawaran hadiah atau jemputan ke rumah dari rkan dalam talian.
  • Anak kecil tidak boleh menggunakan bilik bual (Chat Room)- kerana bahayanya sungguh besar. Apabila anak and asemakin besar, halakan mereka ke bilik bual (Chat Room) yang diawasi dengan rapi. Malah galakkan anak remaja anda menggunakan bilik bual (Chat Room) yang and boleh awasi.
  • Jika anak anda menyertai bilik bual (Chat Room), pastikan anda tahu yang mana satu mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual.
  • Arahkan anak anda supaya tidak sekali-kali meninggalkan kawasan awam dalam bilik bual (Chat Room). kebanyakan bilik bual (Chat Room) menwarkan kawasan peribadi di mana pengguna boleh berbual satu-dengan-satu dengan pengguna lain. Pengawasan yang ketat perlu dilakukan jika anak anda menggunakan bilik bual (Chat Room) seperti ini.
  • Pastikan komputer yang disambungkan pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak anda.
  • Semasa anak anda masih kecil, kongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel tersendiri. Pabila mereka semakin besar anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) untuk menetapkan alamat e-mel berasingan tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.

Info dari: Harian Metro, Selasa 18 )gos 2009 (Sumber: www.esecurity.org.my)

Sunday, June 13, 2010

TIP MENGELAKKAN DARIPADA DIRAGUT




Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada diragut:

  • Gunakan jalan yang selalu dilalui oleh orang ramai.
  • Jika terpaksa keluar di waktu malam, cuba keluar secara berteman atau berkumpulan.

  • Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter semasa membuat bayaran.

  • Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas.
  • Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg duit di tempat yang tidak terdedah.

  • Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.

  • Jangan berasak-asak apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yang sesak. Ini untuk mengelakkan anda daripada diragut.

  • Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

  • Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta apai. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut.

  • Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.

  • Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.

  • Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yang berasingan.

Info dari : Berita Harian (28 Ogos 2009)

TIP AMALAN BERJIMAT CERMAT



Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama :

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga
Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga. Bandingkan antara keperluan dengan kehendak .

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Juga boleh membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Tip 3: Masak sendiri
Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah
Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri
Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas
Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran
Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah
Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

Tip 9: Beli secara pukal
Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu
Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama
Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.
Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.

Saturday, June 12, 2010

AMALAN 3R DI RUMAH







Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce – Pengurangan

Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
1. Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
2. Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
3. Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
4. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
5. Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
6. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula

1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

--> Kitar semula di rumah:
o Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
o Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
o Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
--> Mengitar semula di laman anda:
o Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
o Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
-->Mengitar semula di sesebuah komuniti:
o Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
o Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
o Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.


CARA - CARA MENJIMATKAN AIR




Air atau kekurangannya telah menjadi isu yang penting di Malaysia kebelakangan ini. El Nino yang berlaku pada 1997/98 telah menunjukkan kekurangannya sumber air. Beratus ribu penduduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain Selangor, Balik Pulau di Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan telah hidup dalam sengsara pemotongan bekalan air dan catuan air.
• TANDAS
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
• BILIK MANDI
4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
• SINKI
7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
• TAMAN
9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
• DAPUR
18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
• GARAJ
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
• CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Tuesday, June 8, 2010

TEKANAN ATAU STRESS




Tanda pekerja atau pelajar yang menghadapi tekanan atau stress:

• Tingkah laku yang agresif
• Tidak gembira
• Berasa marah dan geram
• Kecewa
• Kurang memberi tumpuan pada pelajaran atau pekerjaan
• Berasa diri tiada harapan
• Kurang motivasi diri
• Gelisah dan risau berlebihan
• Mempunyai masalah tidur
• Merokok dengan berlebihan
• Kurang berminat dalam aktiviti dilakukan
• Sakit kepala atau sakit badan
• Tidak dapat membuat keputusan
• Cepat marah
• Penyalahgunaan dadah dan alcohol
• Lesu

Tiga langkah menangani kemarahan.

• Berhenti seketika sambil mengakui anda sebenarnya sedang marah dan cuba bertenang
• Kemudian rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi.
• Bertindak menggunakan daya tindak yang berkesan. Dengan cara itu, anda akan lebih tenang menghadapi sebarang keadaan mendesak. Amalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik.




Tekanan buat pelajar atau pekerja hilang focus :

Ceburi kerjaya yang sesuai dengan minat dan kecenderungan.

Akhir-akhir ini, graduan sering mengeluh sukar mendapat pekerjaan sesuai mengikut jiwa dan apa yang dipelajari ketika menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana berasakan pasaran kerja dalam negara yang semakin terhad.

Atas alasan itu, ramai tidak kisah memilih pekerjaan di luar bidang pengajian dan taraf kerana yang penting mereka mempunyai pendapatan bagi menampung Kos Sara hidup yang semakin tinggi selain diperlukan untuk membayar pinjaman.

Sebenarnya tidak Susah mencari pekerjaan jika anda tidak terlalu memilih kerana banyak iklan jawatan kosong disiarkan dalam akhbar dalam web. Tidak salah anda menceburi bidang pekerjaan di luar pengajian kerana mungkin ia mampu memberi kepuasan dan masa depan yang cerah sekiranya anda melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Anda tidak perlu buntu.1 klassifieds banyak menyiarkan iklan majikan yang mencari pekerja. Cuma anda perlu memilih dan membuat perbandingan untuk mencari syarikat stabil dengan gaji yang setimpal sebagai jaminan masa depan.

Apa pun jenis pekerjaan dilakukan, itu bukan perkara pokok kerana apa yang perlu ditekankan bagaimana seseorang yang baru mula bekerja ataupun sudah lama, menghadapi tekanan ketika di tempat kerja mereka. Tekanan bekerja boleh berlaku apabila individu kurang jelas dengan objektif dan struktur organisasi yang dinaunginya selain tidak berpuas hati dengan perkembangan kerjaya, status dan gaji ditawarkan.

Selain itu, tugas membosankan dipercayai mampu menjadi punca seseorang stress dan perkara itu tidak dapat dinafikan kerana memang naluri semula jadi manusia tidak menggemari sesuatu yang menimbulkan jemu. Oleh itu, carilah pekerjaan yang sesuai dengan jiwa anda agar anda dapat melaksanakan tugas dengan yakin dan ikhlas.

Konflik interpersonal seperti membabitkan perhubungan antara lain menjadi penyumbang kepada tekanan di tempat kerja apabila individu hilang fokus untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya dan melihat semua perkara membebankan.

Bagaimanapun, tekanan di tempat kerja mampu dielakka jika kita bijak menanganinya termasuk tahu cara terbaik menghiburkan diri apabila berasa diri berasa diri berada dalam keadaan tertekan.

Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah meningkatkan sokongan sosial di tempat kerja iaitu menjalinkan persahabatan sesama rakan sekerja dan berkongsi masalah dengan mereka ang boleh dipercayai.

Selepas itu, cuba praktikkan pemikiran yang rasional dan positif kerana pemikiran negatif hanya menyebabkan timbul salah faham antara kita dan pihak lain seperti rakan dan mungkin juga majikan.

Untuk itu apabila keadaan itu berlaku, jangan sesekali biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan serta gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif tadi dengan keterangan lebih munasabah.

Selain itu, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menangani tekanan kerana komunikasi yang baik membolehkan kita meluahkan pendapat dengan jelas, tepat dan tegas selain menggunakan fakta, bukan mengikut perasaan.

Seterusnya, bagi mengelakkan tekanan, cuba tangani setiap kritikan dengan baik kerana melalui cara itu kita sebenarnya berusaha mengubah diri daripada cepat melenting kepada seorang lebih terbuka dan cool.

TIP - TIP TIDAK MEROKOK






Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, boleh mendapat lebih daripada penyakit serius seprti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan again ahmar.
Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu didalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebebkan kanser (karsinaogenik).
Untuk kekal sihat, gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
• Buat nota peringatan
• Katakan pada diri anda ‘aku bukan perokok’
• Tumpukan pada hari ini untuk berhenti merokok.
• Sentiasa berfikiran positif
• Dapatkan sokongan
• Lawan keinginan untuk merokok
• Gunakan tetapi gentian nikotin (NRT)
• Amalkan petua 10M untuk berhenti merokok:

Petua 10M untuk berhenti merokok :
• Melengahkan- lengah menghisap rokok
• Minum banyak air
• Menarik nafas panjang
• Membuat sesuatu
• Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
• Mengunyah sesuatu
• Membasuh tangan
• Mandi dengan kerap
• Melakukan senaman regangan
• Memohon DOA.


Setiap batang rokok mengandungi :

Sunday, June 6, 2010

TIP MEMBELI - BELAH ,



~ Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

~ Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.

~ Jangan membawa wang yang berlebihan daripada
anggaran harga keperluan yang disenaraikan.

~ Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

~ Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.

~ Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan

~ Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

~ Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.

~ Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.

~ Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.

~ Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

~ Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

~ Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan

TIP - TIP MENJIMATKAN BAHAN API






Sentiasa lakukan pemeriksaan penapis udara

♥ Penapis udara yang kotor akan mengehadkan aliran udara ke dalam enjin dan ini akan menyebabkan kerugian dari segi prestasi dan ekonomi.

o Penapis udara sangat mudah di periksa dan diganti, hanya memegang penapis menghadap matahari dan jika anda tidak dapat melihat cahaya matahari
o menembusinya, anda perlukan penapis yang baru.
o Ganti penapis udara anda setiap 10,000 batu.

♥ Sentiasa periksa tekanan tayar
o Periksa tayar anda ketika tayar berada dalam keadaan sejuk (pandu
kereta anda untuk memanaskan tayar dan udara di dalamnya, tingkatkan
lagi tekanan.

♥ Kurangkan laju
o Cuba kurangkan laju ketika memandu untuk beberapa hari . Anda akan melihat begitu banyak bahan api dapat dijimatkan dan perjalanan anda tidak akan mengambil masa yang panjang.

♥ Memecut dengan teliti
o Jika anda menggunakan kereta automatik, memecutlah dengan kelajuan yang sederhana supaya mudah bertukar ke gear yang tinggi.
o Sentiasa perhatikan keadaan jalan (terdapat lubang pada jalan) jika terpaksa mengurangkan kelajuan secara mengejut ini akan mengakibatkan pembaziran minyak.

♥ Kembali kepada semula jadi
o Cuba anda tutupkan alat penghawa dingin, buka tingkap dan nikmatilah udara semulajadi. Ia mungkin agak panas tapi jika tahap kelajuan anda berkurangan anda akan dapat menjimatkan bahan api.

♥ Kurangkan berat kereta
o Lebih berat kereta anda lebih banyak gas diperlukan untuk menggerakkannya.
o Jangan letakkan terlalu banyak barang di dalam kereta. Cuba alihkan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kereta ke dalam rumah atau buangkan sahaja.

♥ Amalkan servis kereta secara teratur
o Penyelenggaraan yang sesuai yang berkaitan dengan penapis udara yang kotor, palang pencucuh yang lama dan tahap bendalir yang kurang.

♥ Jangan memanaskan enjin
o Terus memandu pada kelajuan yang rendah selepas start kereta anda. Dengan cara ini enjin akan mula panas dengan cepat.

♥ Jangan memandu
o Jika anda boleh mengelak dari memandu kenderaan, anda akan menjimatkan bahan api. Anda boleh menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretapi atau LRT untuk menjalani kegiatan harian anda. Berjalan dan berbasikal juga merupakan salah satu cara terbaik untuk menjimatkan duit dan untuk kesihatan anda.
o Sebelum anda masuk ke dalam kereta, cuba anda berfikir sejenak “ adakah perjalanan ini memadai?”

♥ Gabungkan perjalanan
o Jika anda boleh melakukan perjalanan-perjalanan yang pendek dalam satu masa, ini akan menjimatkan masa dan bahan api.

Saturday, May 29, 2010

TIP - TIP JIMAT TENAGA DI RUMAH DAN PEJABAT



1.
Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

2. Kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telah pun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.

3. Tutup lampu pada waktu siang.

4. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

6. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.

7. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.

8. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.

9. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

10. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

11. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

12. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

13. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

14. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

15. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

16. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.

17. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.

18. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

19. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

20. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

21. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

22. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

23. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

24. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.

25. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

26. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

27. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

28. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.

29. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

30. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

31. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

32. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

33. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

34. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

35. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

36. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.

37. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.

38. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

39. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)

VIDEO PILIHAN ,

Video ini menjadi pilihan saya kerana ia mempunyai banyak mesej kepada kita . Antaranya , sebagai pengguna bijak , kita perlulah berfikir buruk baik sesuatu perkara yang kita lakukan dalam seharian . Menghargailah segala usaha dan pengorbanan yang mereka lakukan kepada kita hanya untuk memberi keseronokan kepada kita . Berilah sokongan dengan membeli barangan yang original . Anda sendiri akan berpuas hati dengan kualiti barang tersebut . Sesungguhnya , andalah seorang pengguna bijak .




Monday, May 24, 2010

ISU 1



Iklan di di atas boleh kita nampak di mana-mana pusat membeli - belah . Ini adalah salah satu cara untuk pengguna membuat aduan mengenai barang - barang yang dibeli mahupun untuk mengetahui hak - hak pengguna . Gambar ini di ambil sendiri oleh saya dimana saya pada waktu itu saya dan keluarga sedang membeli - belah di salah satu pusat membeli - belah di Melaka .

Wednesday, May 19, 2010

KESIMPULANNYA ,

Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undang - undang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha - usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.
Sumber :Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sunday, May 9, 2010

KUASA BELI PENGGUNA

Memahami Kuasa Beli Pengguna

Kuasa beli adalah kemampuan pengguna untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya. Ia juga merujuk kepada nilai wang dan jumlah barangan atau perkhidmatan yang dapat dibeli dengan satu unit mata wang. Beberapa unsur yang mempengaruhi kuasa beli pengguna ialah;
Harga barangan dan perkhidmatan.
Pengguna yang bijak akan dapat membelanjakan wangnya dengan baik, jika dia mampu mendapatkan pulangan yang memuaskan untuk setiap nilai wang yang dibelanjakannya pada harga yang tertentu.
Permintaan dan penawaran terhadap barangan dan perkhidmatan.
Jika permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat, sementara penawarannya kurang akan menyebabkan kenaikan dalam harga. Kenaikan harga ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Namun, jika permintaan kurang dan penawaran berlebihan, harga akan turun dan ini akan menambahkan kuasa beli pengguna.
Pendapatan pengguna.
Kuasa beli pengguna akan meningkat jika pendapatan pengguna juga meningkat dan kuasa belinya akan turun apabila pendapatannya berkurangan. Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu, kuasa beli pengguna juga akan berkurangan walaupun pendapatannya meningkat. Pengguna yang bijak akan dapat meningkatkan kuasa belinya jika dia bijak merancang perbelanjaannya.
Cita rasa pengguna.
Kuasa beli pengguna juga dipengaruhi oleh tahap cita rasa pengguna itu sendiri. Pengguna yang terlalu mengikut cita rasanya apabila berbelanja akan mengurangkan kuasa belinya dan boleh mengakibatkan dia mengalami kerugian.
Sehubungan dengan itu, adalah penting setiap pengguna memahami kuasa beli masing-masing. Kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan kuasa beli akan dapat membantu mereka menambahkan nilai terhadap perbelanjaan, sekaligus memberi erti kepada pendapatan mereka.

Sumber Dari www.kpdnhep.gov.my

Friday, April 23, 2010

UNDANG - UNDANG PERIHAL PENGGUNA .

I. PENGENALAN

1) Undang-undang perlindungan pengguna adalah merupakan perundangan bagi memberi perlindungan kepada pengguna berhubung dengan hak-hak asasi mereka sebagai pengguna. Dalam hubungan ini, pada 9 April 1985, Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai perlindungan pengguna untuk diguna pakai oleh tiap-tiap negara dalam menggubal polisi dan perundangan berhubung dengan perlindungan pengguna. Prinsip umum yang diputuskan di dalam garis panduan ini ialah bahawa mana-mana perundangan bagi perlindungan pengguna bukanlah akan menjadi satu halangan atau tidak selaras atau bercanggah dengan amalan atau kewajipan perdagangan antarabangsa.

2) Hari ini, semua negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. telah pun menggubal undang-undang bagi memberi perlindungan pengguna mengenai hak asasi mereka sebagai pengguna. Pendekatan yang diambil mungkin berbeza antara satu negara dengan negara lain bergantung kepada keadaan ekonomi dan sosial negara-negara tersebut. Bagi tujuan ini, United Kingdom, misalnya, telah menggubal Akta Perlindungan Pengguna, 1987. Malaysia telah mengikuti United Kingdom dalam perkara ini dan tidak berapa lama lagi akan mengadakan undang-undang yang sama dengan pindaan atau modifikasi sewajarnya mengikut kesesuaian negara ini. Pada masa ini, Malaysia telah mempunyai 29 undang-undang yang berhubungkait dengan perlindungan pengguna. Semua undang-undang ini mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu bagi memberi perlindungan kepada pengguna. Bagi tujuan kertas ini, undang-undang berkenaan akan dikelaskan kepada 3 kategori:

★ Undang-undang yang digubal bagi tujuan mempastikan pengguna tidak dinafikan keperluan-keperluan asas mereka

★ Undang-undang yang digubal bagi tujuan memastikan keselamatan fizikal pengguna, terutamanya, melindungi pengguna daripada dibekalkan dengan barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan mereka

★ Undang-undang yang digubal bagi tujuan memberi perlindungan ke atas kepentingan ekonomi pengguna, terutamanya, bagi memastikan pengguna mendapat faedah yang optimum melalui sumber ekonomi mereka yang terhad.

II. UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN PENGGUNA TIDAK DINAFIKAN KEPERLUAN ASAS MEREKA

3) Makanan, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, keselamatan, persekitaran yang sihat, hak untuk mendapat maklumat dan pelajaran adalah merupakan keperluan-keperluan asas bagi pengguna-pengguna. Undang-undang yang digubal ini adalah bertujuan mempastikan para pengguna tidak dinafikan keperluan keperluan asas ini. Tiap-tiap undang-undang ini saling berhubungkait antara satu dengan yang lain bagi mempastikan ianya dapat memberi perlindungan kepada pengguna-pengguna akan kepentingan ekonomi mereka. Semua undang-undang ini mempunyai objektif yang sama.

III. UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN KESELAMATAN FIZIKAL PENGGUNA

4) Hak kepada keselamatan dan hak kepada maklumat adalah dua hak asas pengguna. Undang-undang bagi mempastikan keselamatan fizikal pengguna adalah perlu agar kedua-dua hak ini dihormati dan dilaksanakan. Dalam hubungan ini, pengguna - pengguna seharusnya mempunyai hak bagi mendapatkan barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang selamat dan dibekalkan dengan maklumat - maklumat sewajarnya. Undang-undang perlindungan pengguna di bawah kategori - kategori ini umumnya:

★ menyatakan: -

★ standard mandatori, keperluan keselamatan dan spesifikasi teknikal barangan atau perkhidmatan;
★ maklumat yang perlu dibekalkan bersama barangan atau perkhidmatan kepada pengguna termasuk cara maklumat itu dibekalkan; dan
★cara barangan atau perkhidmatan khusus untuk dikilangkan, dibekalkan atau ditawarkan untuk bekalan;
4.2 melarang pengilangan, pembekalan atau penawaran untuk bekalan:
★ mana-mana barang atau perkhidmatan yang tidak mengikut cara yang ditentukan;
★ mana-mana barang atau perkhidmatan yang tidak selamat atau membahayakan kesihatan pengguna;
★ mana-mana barang atau perkhidmatan yang gagal dengan mematuhi standard mandatori,keperluan keselamatan dan spesifikasi teknikal yang ditentukan;
★ mana-mana barangan atau perkhidmatan yang tidak dibekalkan dengan apa-apa maklumat yang ditentukan; dan
★ mana-mana barang atau perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang palsu, mengelirukan cara yang ditentukan;
4.3 memperuntukkan kuasa-kuasa yang diperlukan kepada pihak yang berkuasa bagi membuat peraturan-peraturan atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi mempastikan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk bekalan adalah selamat. Kuasa-kuasa ini dimasukkan kuasa-
★ bagi meminta pengilang atau pembekal atau mendapat balik, mengganti, membaikpulih dan memberi gantirugi barang-barang yang rosak atau membahayakan kesihatan pengguna;
★ bagi meminta mereka yang bertanggungjawab, memasarkan barangan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan orang ramai dengan segera sekiranya mereka mengetahui bahawa barangan yang dipasarkan itu boleh membahayakan pengguna
★ menggantung atau melarang bekalan atau tawaran untuk membekalkan apa-apa barangan yang didapati tidak selamat atau. membahayakan kesihatan pengguna

4.4 mengadakan mekanisma harga yang mencukupi termasuk perkara-perkara yang berhubungkait dengan liabiliti barangan.

5) Undang-undang perlindungan pengguna ke atas barangan atau perkhidmatan yang tidak selamat adalah bertujuan menggalakkan perilaku yang tinggi atau beretika bagi mereka yang mengeluarkan dan memasarkan barangan dan perkhidmatan.

IV. UNDANG-UNDANG BAGI MELINDUNGI KEPENTINGAN EKONOMI PENGGUNA

6) Para pengguna sepatutnya mendapat faedah yang optimum daripada sumber-sumber ekonomi mereka yang terhad. Undang-undang digubal bagi maksud ini adalah undang-undang yang memberi perlindungan ke atas kepentingan ekonomi pengguna. Secara asasnya, undang-undang ini:

6.1 meminta peniaga mematuhi keperluan-keperluan spesifik, seperti:
★ memberi penunjuk akan harga bagi semua jenis barangan
★ bagi mengadakan maklumat berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk bekalan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang betul

6.2 mengawal atau melarang apa-apa bentuk amalan perniagaan yang boleh membawa kesan negatif ke atas kepentingan ekonomi para pengguna seperti:
★mengawal selia jualan barang-barang, sewa beli, jualan rumah ke rumah dan segala bentuk transaksi kredit
★ melarang jualan secara pilamid
★ melarang membuat tuntutan yang palsu atau mengelirukan termasuk membuat Man yang palsu atau mengelirukan;
★ melarang salah guna dalam apa-apa kontrak
★melarang perdagangan secara monopoli atau "dumping"

6.3 meletakkan tanggungjawab dan obligasi ke atas peniaga bagi menentukan:
★ bekalan memenuhi permintaan yang berpatutan
★ pengguna mempunyai pilihan yang lebih banyak
★ harga atau caj yang berpatutan
★ kernudahan khidmat lepas jualan
★ maklumat yang dibekalkan mengenai barangan dan perkhidmatan termasuk timbangan dan sukatan yang tepat
★barangan atau perkhidmatan yang boleh dipercayai dan sesuai dengan tujuan ianya dibuat

6.4 mengadakan mekanisma harga yang mencukupi termasuk mengenai perkara-perkara berhubungkait dengan liabiliti barangan.

V. UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA DI BAWAH BIDANGKUASA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

7) Seperti yang disebut di awal tadi, terdapat 29 undang-undang yang mana objektifnya adalah melindungi pengguna pada masa ini. Undang-undang ini ditadbir dan di bawah bidangkuasa berbagai Kementerian. Kementerian Perdagangan Dalarn Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah diamanahkan dengan 6 daripada undang-undang ini iaitu:

ღ Akta Kawalan Harga 1946;
ღ Akta Kawalan Bekalan 1961;
ღ Akta Sewa-Beli 1967;
ღ Akta Timbang dan Sukat 1972;
ღ Akta Perihal Dagangan 1972; dan
ღAkta Jualan Langsung 1993.

8) Bagi tujuan kertas ini, saya akan jelaskan secara ringkas akan obiektif dan peruntukan-peruntukan undang-undang tersebut, terutamanya, bagaimana ianya boleh memberi perlindungan kepada pengguna.

(i) AKTA KAWALAN HARGA 1946

9) Akta Kawalan Harga 1946 digubal dengan objektif memberi kuasa yang diperlukan kepada Kerajaan bagi mengawal harga barangan di dalam negara. Kuasa-kuasa ini termasuklah kuasa:
★ bagi menetapkan harga maksimum bagi mana-mana barang dan boleh termasuk caj bagi penghantaran;
★ bagi menetapkan caj maksimum yang boleh dikenakan oleh mana-mana orang mengenai apa-apa perkhidmatan bagi bekalan, pembaikan, penyelenggaraan, pembungkusan, pengangkutan atau penyimpanan barang-barang;
★ bagi menetapkan caj maksimum yang boleh dikenakan bagi sewaan apa-apa barang; dan
★ bagi menetapkan harga maksimum bagi apa-apa barang terpakai.

10) Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi menentukan barang-barang harga terkawal mudah diperolehi oleh pengguna dengan harga yang berpatutan. Kuasa-kuasa ini termasuklah kuasa bagi melesenkan peniaga-peniaga yang berurusniaga barang-barang harga terkawal termasuklah mengenakan syarat-syarat khas yang difikirkan perlu dan sesuai seperti melarang barang-barang harga terkawal di eksport.

11) Pada masa ini, kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah akta tidak digunakan dan tidak ada apa-apa barang yang diisytiharkan sebagai barang harga terkawal (kecuali beras yang mana di bawah pentadbiran Kementerian Pertanian). Alasan Kerajaan tidak mengiisytiharkan barang-barang sebagai barang harga terkawal ialah oleh kerana Kerajaan berpendapat bahawa tindakan sedemikian tidaklah perlu.

(ii) PERINTAH KAWALAN HARGA (PENANDAAN HARGA OLEH PENJUALRUNCIT) 1993
12) Perintah ini dibuat dengan menggunakan kuasa Menteri di bawah seksyen 13(l)(d) Akta Kawalan Harga 1946.

13) Di bawah Perintah ini, semua penjual runcit dikehendaki meletakkan label, teg atau tanda ke atas barangan atau pada beg atau bekas barang-barang tersebut yang ditawarkan untuk jualan atau sebagai contoh barang-barang jualan.

14) Objektif Perintah ini ialah bagi memberi peluang kepada pengguna membuat perbandingan harga sebelum sesuatu pembelian dibuat.

15) Perintah ini telah dikenalpasti sebagai salah satu undang-undang yang boleh digunapakai dalam usaha Kerajaan mengawal inflasi di negara. Hakikat ini hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya para pengguna sendiri memainkan peranan
mereka dengan membuat perbandingan harga barang-barang dari satu kedai dengan kedai yang lain sebelum membuat pembelian.

(iii) PERINTAH KAWALAN HARGA (PELABELAN OLEH PEKILANG, PENGIMPORT, PENGELUAR ATAU PENJUALBORONG) 1980

16. Perintah ini mewajibkan tiap-tiap pengilang, pengimport, pengeluar atau penjual borong barang-barang tersedia bungkus melabelkan ke atas barang-barang tersebut dengan maklumat-maklumat berikut:
★ nama sebutan sebenar barangan tersebut
★ berat, kuantiti, amaun atau kapasiti barangan dalam kiraan metrik
★ nama dan alamat pengilang, pengimport, pengeluar atau penjualborong
★ mengenai barang-barang yang diimport, nama negara asal di mana barang - barang itu dikilangkan
★ mengenai makanan ternak dan baja, kandungan zat atau komposisi kimia, kuantiti atau bahagian komposisi yang dinyatakan dalam pecahan ratusan
★ mengenai simen, suatu kenyataan bahawa simen tersebut adalah dari bahan yang menepati penentuan standard simen Malaysia
★ mengenai susu tepung, harga runcit yang ditawarkan.

17) Maklurnat-maklumat ini hendaklah di dalam Bahasa Malaysia sekiranya barangan itu terdiri daripada barangan keluaran tempatan dan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris jika barangan tersebut diimport.
18) Objektif Perintah ini ialah bagi membolehkan para pengguna mengetahui diskripsi barangan termasuk asal usul barangan itu. Para pengguna akan mengetahui apa barangan yang dibelinya sejajar dengan hak mereka untuk mendapat maklumat.
19) Adalah menjadi suatu kesalahan bagi pengilang, pengimport, pengeluar atau penjual borong yang gagal mernatuhi kehendak-kehendak ini atau memberi maklumat yang palsu berhubung dengan apa-apa barangan.
(iv) AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

20) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibuat dengan objektif mengawal dan mencatu bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Akta. Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil
tindakan menyekat aktiviti-aktiviti haram yang boleh menjejaskan bekalan barang-barang di dalam negara.

21) Terdapat beberapa cara pengawalan, umpamanya:

★ melesenkan pengilang, penjualborong dan penjualruncit
★ melarang penyorokan atau memusnahkan barang-barang kawalan dengan tujuan untuk menahan barang-barang itu daripada berada di pasaran
★ menjadikan suatu kesalahan kepada sesiapa, semasa menjual barang-barang kawalan, mengenakan syarat-syarat jualan kecuali mernerlukan bayaran segera, menetapkan tempoh bayaran atau penghantaran dan mengenakan deposit
★ para peniaga diwajibkan menyimpan barang kawalan di premis yang dilesenkan dengan kuantiti tidak melebihi daripada kuantiti yang dibenarkan dalam lesen
★ menjadikan suatu kesalahan di bawah Akta bagi sesiapa menafikan bahawa ia memiliki barang kawalan
★ para peniaga dikehendaki mengernukakan penyata stok mengenai pengeluaran, pernbelian dan penjualan barang-barang kawalan.

22) Pada masa ini, 20 barangan telah diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan sepanjang masa sementara 25 jenis barang dijadikan barang-barang kawalan musim perayaan.

23) Adalah dikenalpasti dan diterima umum bahawa Akta ini merupakan satu senjata penting bagi mempastikan bekalan barang-barang sentiasa mencukupi di dalam negara ini.

(v) PERATURAN-PERATURAN KAWALAN BEKALAN 1974

24) Peraturan-peraturan ini dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

25) Di bawah Peraturan-Peraturan ini, sebanyak 11 barangan telah pun diisytiharkan sebagai barang-barang berjadual di mana sernua bentuk urusniaga mernerlukan lesen dengan disertakan syarat-syarat khas. Antara syarat - syarat tersebut ialah:

★ pengilang mestilah mengilang barang berjadual setiap hari dalam jangka masa yang dinyatakan dalam lesen dan tidak boleh mengurangkan atau memberhentikan pengeluaran tanpa mendapat kelulusan daripada Pengawal;

★ pengilang, penjualborong dan penjualruncit diwajibkan menyenggara buku stok. Kewajipan ini adalah perlu bagi membolehkan pihak berkuasa merneriksa kuantiti barangan yang dikeluarkan bagi tempoh masa tertentu.Sebarang kekurangan yang dikesan dapat memberi amaran awal kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang perlu dan segera;
★ sernua barang berjadual hendaklah disimpan di tempat yang dinyatakan dalarn lesen.


(vi) AKTA SEWA-BELI 1967

26) Akta ini digubal dengan objektif untuk menyelaraskan aktiviti urusniaga secara sewa beli di negara. Ianya juga memperuntukkan hak dan tanggungjawab sernua pihak yang terlibat dengan transaksi tersebut.

27) Di bawah Akta ini, sernua barangan pengguna dan kenderaaan bermotor (di mana lori yang berat muatan sehingga 2540 kg) dan bas diliputi akta. Dengan dernikian, apa-apa transaksi (secara sewa beli) yang melibatkan barang-barang tersebut
hendaklah mematuhi dan menepati peruntukan-peruntukan Akta.
28) Akta ini telah dipinda di mana banyak kuasa-kuasa telah diper-untukkan bagi menangani urusniaga yang tidak beretika. Dengan menggunakan kuasa-kuasa tersebut, tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas kejahilan para pengguna. Dalam hubungan ini, para pengguna juga boleh dipersalahkan kerana membiarkan diri mereka ditipu atau dijadikan mangsa.

29) Akta ini juga menggariskan prosedur yang perlu dipatuhi oleh sernua pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli. Mana-mana pihak yang gagal mernatuhi prosedur melakukan suatu kesalahan atau boleh menyebabkan sesuatu transaksi itu terbatal atau tidak sah.

30) Di samping memperuntukkan kuasa mengambil tindakan jenayah, Akta ini juga membenarkan mana-mana pihak yang terkilan (aggrieved) mengambil tindakan secara sivil terhadap pihak yang terlibat bagi mana-mana pelanggaran prosedur atau kegagalan mematuhi apa-apa obligasi sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta.

31) Akta ini digunapakai dan ianya telah terbukti sebagai penjaga kepada industri sewa beli bagi menentukan industri ini sentiasa mengarnalkan urusniaga yang sihat derni kepentingan pengguna dan industri itu sendiri. Para pengguna juga diingatkan tidak
terjerumus ke dalarn apa-apa urusniaga yang mana mereka sendiri sedia mengetahui yang mereka tidak akan menunaikan tanggungjawab mereka seperti tidak mampu membuat bayaran ansuran bulanan.
(vii) PERATURANTERATURAN SEWA BELI (BAYARAN-BAYARAN KHIDMAT DAN FAEDAH 1968

32) Peraturan-peraturan ini dibuat di bawah Akta Sewa Beli 1967. Akta ini memperuntukkan bayaran maksimun yang boleh dikenakan berhubung dengan khidmat dan faedah bagi perjanjian sewa beli iaitu tidak melebihi 10%.

33) Sekiranya bayaran lebih dikenakan, penyewa boleh memilih sama ada hendak membatalkan perjanjian itu dan menuntut balik bayaran yang telah dibuat atau meneruskan perjanjian dengan menuntut supaya tanggungan dikurangkan. Dalam hubungan ini, penyewa hendaklah menggunakan haknya. Kegagalan berbuat demikian, mereka akan menjadi mangsa kepada penyewa.

(viii) PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PENGAMBILAN SEMULA MILIK DAN PENYENGGARAAN REKOD-REKOD OLEH PEMUNYA)1976

34) Peraturan-Peraturan ini dibuat di bawah Akta Sewa Beli 1967 dengan objektif berikut: -

★ menentukan bilakah hak pemunya akan wujud untuk mengambil semula milik barangan;
★ menetapkan prosedur yang perlu dipatuhi oleh pemunya untuk mengambil sernua milik barangan; dan
★ menetapkan rekod-rekod yang perlu disenggara oleh pemunya.

35) Kementerian, kerap menerima aduan-aduan daripada orang ramai mengenai cara kasar dan kekerasan yang digunakan oleh pemunya dalam mengambil semula milik sesuatu barang itu. Terdapat keadaan di mana pemunya akan mendapatkan perkhidmatan "gangster" untuk mengambil semula milik barang-barang. Walaupun, undang-undang melarang penggunaan kekerasan, tetapi adalah sukar bagi pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang ini kecuali mendapat kerjasama daripada para pengguna sendiri dengan mengemukakan aduan.

36) Kebanyakan penyewa enggan membawa perkara ini ke pengetahuan Kementerian disebabkan mereka sendiri harus dipersalahkan. Mereka gagal membuat bayaran ansuran, mereka gagal untuk bertindakbalas ke atas notis yang dikeluarkan oleh pemunya, mereka gagal menyerahkan kembali barang-barang yang terlibat apabila gagal membuat bayaran, mereka cuba melarikan diri apabila notis hendak diserahkan kepada mereka dan lain-lain sebab yang hanya menempatkan pemunya dengan satu jalan sahaja iaitu dengan menggunakan kekerasan. Saya meminta kepada para pengguna sernua untuk tampil ke hadapan sekiranya mereka rasa atau berpendapat bahawa mereka dianiaya dalam apa-apa transaksi jualbeli agar siasatan sewajarnya dapat dijalankan. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melakukan kesalahan, Kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

(ix) AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972

37) Akta Timbang dan Sukat 1972 digubal pada tahun 1972 tetapi ianya mula berkuatkuasa dalam tahun 1982. Kerajaan telah memberi masa selarna 10 tahun kepada industri untuk mematuhi kehendak dan peruntukan Akta ini.

38) Terdapat 2 objektif kepada Akta ini iaitu:

★memastikan sernua urusniaga yang menggunakan timbangan dan sukatan banyak dilakukan dan sistern Sl (metrik) sahaja; dan
★membanteras semua bentuk penyelewengan dalam penggunaan alat-alat timbang dan sukat untuk perdagangan dan perniagaan.

39) Di bawah Akta ini, adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa:

★ tidak ada dalam miliknya apa-apa alat timbangan dan sukatan sekiranya transaksi itu ditentukan oleh timbangan dan sukatan;
★menggunakan alat-alat timbangan dan sukatan yang tidak tepat dalam urusniaga;

★membuat, membaiki atau menjual alat-alat timbangan dan sukatan tanpa lesen; dan

★ menggunakan alat-alat timbangan dan sukatan yang tidak ditentusahkan.

40) Adalah penting jika diperhatikan bahawa kes-kes yang melibatkan penyalahgunaan alat-alat timbangan dan sukatan terlalu kerap berlaku di kawasan-kawasan di pinggir pekan dan di luar bandar. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan terhadap orang-orang kampong yang buta huruf dan jujur. Dalam kebanyakan kes, mereka (pengguna) akan mendapat barang-barang yang kurang dari segi timbangan atau sukatannya. Adalah dikesalkan bahawa di dalam zaman serba maju dan moden ini, masih terdapat manusia yang sanggup menipu orang-orang kampong yang miskin dan dhaif.

41) Sukacita dimaklurnkan bahawa Kementerian sentiasa memberi keutamaan dalam usaha membanteras gejala dan amalan yang tidak sihat ini. Walau bagaimanapun, tidak perlulah dinyatakan di sini bahawa Kementerian juga mempunyai hadnya dari
segi apa yang boleh dibuat dan tidak boleh di buat oleh Kementerian. Dalam hubungan ini, para penggunalah yang boleh memainkan peranan mereka. Walau macam mana sempurna pun sesuatu undang-undang itu tetapi tanpa sokongan dan kerjasama dari para pengguna, usaha ini hanya akan tinggal usaha sahaja tanpa membuahkan apa-apa hasil yang diharapkan.

42) Para pengguna perlu dimaklumkan bahawa sekiranya mereka telah menjadi mangsa atau dianiaya, mereka mestilah bersedia untuk tampil ke hadapan dengan mengemukakan aduan. Langkah ini bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi bagi mempastikan amalan ini akan berakhir. Sikap "tidak apa" seharusnya telah lama hilang dan berkubur. lanya telah menjadi sejarah.

(x) AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972

43) Akta Perihal Dagangan 1972 digubal dengan tujuan menyatukan undang-undang mengenai cap barang dagangan. Adalah juga menjadi objektif akta ini bagi melarang salah perihal barang-barang atau penunjuk yang mengelirukan bagi harga barang-barang.

44) Akta ini bukan sahaja memberi perlindungan kepada para pengguna. tetapi juga kepada sektor pengilangan dan perdagangan. lanya memberi perlindungan kepada pengguna oleh kerana mereka akan dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang tepat mengenai sesuatu barangan. Mengenai sektor pengilangan, Akta ini memberi perlindungan kepada mereka daripada saingan yang tidak sihat oleh pengilang- pengilang yang mengeluarkan barang-barang tiruan.

45) Pendekatan yang diambil di bawah Akta ini ialah melalui larangan penggunaan kenyataan, maklumat atau perihal yang palsu atau mengelirukan ke atas barangan. Adalah menjadi suatu kesalahan di bawah akta bagi sesiapa yang menggunakan perihal dagangan palsu ke atas barangan atau membekal atau menawar untuk bekalan apa-apa barangan dengan menggunakan perihal dagangan palsu.

46) Adalah juga menjadi suatu kesalahan di bawah Akta bagi sesiapa yang:

★ memberi penunjuk yang palsu atau mengelirukan berhubung dengan harga apa-apa barang; dan
★ membuat kenyataan yang palsu atau mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan.

47) Adalah diketahui umum bahawa disatu ketika negara kita telah dibanjiri dengan barang-barang tiruan yang dibawa masuk dari negara-negara jiran. Pada masa itu, Malaysia telah dilonggokkan dengan barang-barang tiruan. Keadaan seperti itu telah tidak lagi wujud pada masa ini. Kerajaan telah berjaya mengatasi senario ini dan sekali gus berhasil meletakkan negara ini pada perspektif yang betul. Walaupun barang-barang tiruan masih terdapat di negara ini tetapi keadaannya telah terkawal dan bilangannya berkurangan.

48) Adalah diperhatikan bahawa faktor penyumbang berhubung dengan kehadiran barang-barang tiruan di negara ini ialah berpunca daripada penerimaan baik oleh para pengguna sendiri. Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa para pengguna sendiri adalah penyumbang kepada penyakit ini. Selagi terdapat pembeli yang sedia membelinya, para pengilang dan pengeluar akan terus mengilang dan mengeluar barang-barang tiruan ini. Keadaan ini akan terus berkekalan, sehingga para pengguna sendiri yang akan menolaknya.

(xi) PERINTAH PERIHAL DAGANGA (PENGGUNAAN PERBAHASAAN "HALAL" 1975

49) Perintah ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. lanya memperuntukkan takrifan "HALAL, "DITANGGUNG HALAL, "MAKANAN ISLAM" atau apa-apa perbahasan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa makanan tersebut boleh dimakan oleh orang-orang Islam.

50) Perintah ini tidak diwajibkan sesiapa menggunakan perbahasaan "HALAL" tetapi sekiranya ia digunakan, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawabnya bahawa makanan tersebut menepati takrifan itu.

(xii) PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN MAKANAN) 1975

51) Perintah ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Di bawah Perintah ini, semua daging, ayam itik yang halal hendaklah dilabel sebagai halal sebelum ianya dijual. Tujuannya, bagi mempastikan semua daging, ayam itik yang halal ditanda sewajarnya bagi kemudahan para pengguna, terutamanya orang-orang Islam.

(xiii) PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) 1987

52) Peraturan-peraturan ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dengan tujuan mempastikan bahawa setiap jualan murah sebenarnya ianya satu tawaran jualan barang-barang dengan harga yang lebih murah.

53) Di bawah Peraturan-Peraturan ini, sesiapa yang ingin menawarkan barang-barang dengan harga jualan murah dikehendaki mengemukakan permohonan bertulis kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian tidak lewat daripada 30 hari sebelum jualan murah bermula. Tiap-tiap premis perniagaan hanya dibenarkan mengadakan jualan murah tidak lebih daripada 4 kali dalam tempoh satu tahun. Peraturan-Peraturan ini juga mewapbkan sekurang-kurangnya 70% dari jumlah barangan yang terdapat di premis yang mengadakan jualan murah ditawarkan dengan harga jualan murah.

(xiv) PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN DAPUR MINYAK TANAH TANPA TEKANAN) 1991

54) Perintah ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Di bawah Perintah ini, tiap-tiap dapor minyak tanah tanpa tekan yang dibekalkan atau ditawarkan untuk bekalan dalam menjalankan perdagangan atau perniagaan hendaklah mempunyai perkataan "MEMATUHI MS 971 " atau tanda standard yang diluluskan oleh SIRIM. Keperluan ini adalah untuk menentukan bahawa semua dapur minyak tanah tanpa tekanan adalah selamat untuk digunakan oleh para pengguna.

(xv) AKTA JUALAN LANGSUNG 1993

55) Akta ini digubal dengan objektif-objektif berikut-
★mengawalselia dan menggalakkan perniagaan jualan langsung yang beretika
di dalam negara;
★memberi perlindungan sewajarnya kepada pengguna; dan
★melarang kegiatan jualan langsung secara piramid.
56) Akta ini menetapkan tatacara pengendalian jualan langsung yang perlu dipatuhi bagi menentukan urusniaga berkenaan merugikan para pengguna.

57) Di bawah Akta ini, tidak ada sesiapa yang dibenarkan mengendalikan urusan jualan langsung kecuali ianya sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan ianya memiliki satu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 6 Akta Jualan Langsung 1993.

58) Akta ini juga menetapkan masa bagi seseorang itu boleh mengendalikan jualan langsung iaitu:

★ tidak ada sesiapa yang dibenarkan mengendalikan jualan langsung pada hujung minggu atau cuti umum; dan
★ tidak ada sesiapa yang dibenarkan mengendalikan jualan langsung kecuali pada jam 9.00 pagi hingga 7 petang; kecuali dengan permintaan pengguna sendiri.

59) Adalah satu hakikat bahawa kebanyakan pengguna mudah diperdaya dengan kepintaran demonstrasi oleh oleh jurujual yang berpengalaman. Menyedari akan hakikat ini, adalah sesuai dan wajar Akta ini memperuntukkan "tempoh bertenang" selama 10 hari bekerja bagi urusniaga jualan langsung. Dalam tempoh ini, bakal pembeli boleh menamatkan kontrak belian sekiranya beliau tidak ingin membeli barangan tersebut.

60) Akta juga memperuntukkan bahawa kontrak jualan langsung yang bernilai RM300.00 ke atas hendaklah secara bertulis, diberikan tempoh bertenang dan ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat.

61) Walaupun segala perlindungan diperuntukkan kepada pengguna berhubung dengan julan langsung, para pengguna sendiri seharusnya memainkan peranan mereka. Mereka tidak seharusnya membiarkan diri mereka diperdaya dengan mudahnya oleh pakar-pakar daripada syarikat-syarikat jualan langsung yang bertujuan menghabiskan seberapa banyak barang-barang keluaran mereka.

(xvi) PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG 1993

62) Peraturan-Peraturan ini dibuat di bawah Akta Jualan Langsung 1993 dan ianya menetapkan prosedur permohonan Wsen, prosedur membuat rayuan apabila permohonan mendapatkan mendapatkan lesen ditolak dan lain-lain perkara yang berkaitan.

(xvii) PERINTAH JUALAN LANGSUNG (PENGECUALIAN) 1993

63) Perintah ini dibuat di bawah Akta Jualan Langsung 1993 dengan tujuan memberikan pengecualian kepada transaksi jualan langsung yang bernilai tidak lebih daripada RM50.00 daripada mematuhi Akta Jualan Lansung 1993.

VI. PENUTUP

64) Undang-undang yang digubal dengan tujuan memberi perlindungan kepada kepentingan asas pengguna mewajibkan para peniaga kepada peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur khusus bagi mempastikan mereka (peniaga) menjalankan kewajipan dan atau obligasi moral mereka iaitu berurusniaga secara adil, secara jujur, secara terbuka dan secara sopan dengan pelanggan mereka. Penguatkuasaan undang tersebut adalah bagi menentukan peraturan-peraturan dan prosedur yang dinyatakan itu dipatuhi. Tujuannya bukan sahaja bagi menghukum mereka yang enggan atau gagal mematuhi peraturan-peraturan dan prosedur khusus ini dari terus berlanjutan tetapi bagi memberi bantuan kepada peniaga yang sah untuk membolehkan mereka beroperasi secara berkesan tanpa sebarang masalah.