Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada diragut:
- Gunakan jalan yang selalu dilalui oleh orang ramai.
-  Jika terpaksa keluar di waktu malam, cuba keluar secara berteman atau berkumpulan. 
-  Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter semasa membuat bayaran. 
- Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas.
-  Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg duit di tempat yang tidak terdedah. 
-  Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal. 
-  Jangan berasak-asak apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yang sesak. Ini untuk mengelakkan anda daripada diragut. 
-  Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera. 
-  Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta apai. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut. 
-  Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun. 
-  Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan. 
- Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yang berasingan.
 
 



 
 

 
 

 
 
 

 
 






No comments:
Post a Comment