.

glitter-graphics.com

ツ Kata - kata aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
SALAM 1 MALAYSIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA . Saya , NUR SYARAH RABIHA , seorang pelajar SMK CONVENT BATU PAHAT, JOHOR . Berumur 16 tahun . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi bersama anda mengenai hak-hak anda sebagai pengguna . Anda rakyat Malaysia ? Ayuh baca blog ini untuk mengetahui hak - hak anda sebagai pengguna . SELAMAT MEMBACA . Dan , jangan lupa untuk tinggalkan komen anda mengenai blog pengguna ini . Jika ada sebarang pertanyaan , jangan segan silu untuk bertanya . TERIMA KASIH ツ

Monday, June 14, 2010

TIP KESELAMATAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN (ONLINE)



Didik anak anda tentang keselamatan dalam talian Internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai komputer di rumah, termasuklah anak anda. Adalah penting bagi anda mengajar anak anda cara yang lebih selamat semasa mereka dalam talian Internet sewaktu mencari maklumat, berbual dengan rakan atau bermain permainan video secara atas talian.

Di bawah ini adalah beberapa tip yang boleh digunakan oleh ibu-bapa untuk mendidik anak mereka berkenaan keselamatan Internet:

  • Galakkan anak anda menceritakan pengalaman mereka menggunakan Internet kepada anda. Ini adalah penting untuk mengetahui jika terdapat gangguan yang anak anda alami ketika menggunakan Internet.
  • Beritahu anak anda untuk menceritakan kepada anda perkara berkenaan Internet yang membuatkan mereka tidak selasa.
  • Jika anak anda melawat bilik bual (chat room), gunakan program permesejan segara (Instant Messaging), permainan dalam talian atau aktiviti-aktiviti lain di Internet yang memerlukan nama daftar masuk untuk memperkenalkan diri sebagai ibu-bapa bantu anak anda memilih nama itu dan pastikan mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi tersebut.
  • Tekankan kepada anak anda supaya tidak memberikan alamat, nombor telefon atau maklumat peribadi lain termasuklah di mana mereka bersekolah atau di mana mereka suka bermain.
  • Didik anak anda bahawa perbezaan antara yang baik dan yang buruk tetap sama dalam Internet seperti di dunia sebenar.
  • Tunjukkan kepada anak anda cara menghormati orang lain dalam talian. Pastikan mereka tahu bahawa peraturan untuk bersikap baik tidak berubah hanya kerana mereka menggunakan komputer.
  • Tekankan kepada anak anda untuk menghormati hak milik orang lain dalam talian. Terangkan bahawa membuat salinanturun kerja orang lain seperti muzik, permainan video dan pperisian program komputer adalah salah dan boleh diumpamakan seperti mencuri.
  • Beritahu anak anda yang mereka tidak boleh menemui rakan dalam talian secara bersemuka. terangkan bahawa rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka semada dalam talian.
  • Didik anak anda bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar. Galakkan mereka untuk bertanya kepada nada jika terdapat isu atau perkata yang mereka tidak pasti.
  • Kawal aktiviti dalam talian anak anda dengan perisian Internet yang terkini. Kawalan ibu-bapa boleh membantu anda menapis kandungan berbahaya, mengawasi tapak web yang dilawati oleh anak anda dan mengetahui apa yang mereka lakukan.
  • Jangan benarkan mereka mengepos gambar sendiri atau gambar ahli keluarga kepada rakan dalam talian.
  • Jangan berikan kata laluan atau nombor kad kredit kepada sesiapa.
  • Jangan terima tawaran hadiah atau jemputan ke rumah dari rkan dalam talian.
  • Anak kecil tidak boleh menggunakan bilik bual (Chat Room)- kerana bahayanya sungguh besar. Apabila anak and asemakin besar, halakan mereka ke bilik bual (Chat Room) yang diawasi dengan rapi. Malah galakkan anak remaja anda menggunakan bilik bual (Chat Room) yang and boleh awasi.
  • Jika anak anda menyertai bilik bual (Chat Room), pastikan anda tahu yang mana satu mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual.
  • Arahkan anak anda supaya tidak sekali-kali meninggalkan kawasan awam dalam bilik bual (Chat Room). kebanyakan bilik bual (Chat Room) menwarkan kawasan peribadi di mana pengguna boleh berbual satu-dengan-satu dengan pengguna lain. Pengawasan yang ketat perlu dilakukan jika anak anda menggunakan bilik bual (Chat Room) seperti ini.
  • Pastikan komputer yang disambungkan pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak anda.
  • Semasa anak anda masih kecil, kongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel tersendiri. Pabila mereka semakin besar anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) untuk menetapkan alamat e-mel berasingan tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.

Info dari: Harian Metro, Selasa 18 )gos 2009 (Sumber: www.esecurity.org.my)

No comments:

Post a Comment